Jumat, Juni 20, 2008

PENYEBAB HAID TIDAK NORMAL

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia
dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya
untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan
kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan
dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk
pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita
atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang
daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi
embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami
degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada
tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel
yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap
daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali
semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur
12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-
lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa
faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi
serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat
umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi
wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai
hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang
wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari.
Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran
keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada
umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah
mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang
sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi
wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah
dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang
berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak
berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di
antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak
selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita
akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair,
ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang
belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta
tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita.
Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh
wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang
berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan
keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan
pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi
untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk
atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Abnormal semasa haid dan cara mengatasi

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa
masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai
masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah
seperti berikut:

1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan
kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita
mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada
awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa
menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami
sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap
kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit,
sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh
haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau
skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan
akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya,
dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti
endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim)
atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus
mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut.
Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari
pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia
mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk
kepada doktor pakar.

2. Menoragia

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada
sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa
masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak
tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika
pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

3. Amenorea

Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid
(sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga
bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku
haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal,
pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan
sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya
disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian
pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian
hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal,
ovari dan uterus.

4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa
jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan
pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid,
pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan
kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini
biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan
menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk
kepada doktor.

5. Sindrom prahaid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini
dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan
rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di
akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon.
Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah
konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan
oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di
antara gejala yang sering dialami ialah:

Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu,
tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

Payu dara - ketegangan, bengkak

Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada
bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

Kurang kencing

Kulit berjerawat


Kenalpasti Sindrom

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat
tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan
adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom
prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan
pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan
masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli
farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil
tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi
mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang
lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan
memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan
ginaekologi).

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh
penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera.
Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan
segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang
tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat
sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan
seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak
normal daripada bahagian puting payu dara.

Kaedah rawatan

Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung
kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:

Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit
belakang dan lesu.

Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu
dara dan pembengkakan.

Kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah
meradang, murung, tertekan.

Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada
kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang
telah diterangkan seperti di atas.

Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:

* Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit

* NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin,
ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan
dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum
datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

* Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras
fonadotrofin dan estradiol

Hormon

Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan
merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan
untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea
dan menoragia.

Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh,
medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel, digunakan untuk
masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh
haid yang tidak tetap) kepada normal.

Analog GnRH (suntikan agen hormon)
Mengurangkan paras hormon estrogen

Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik
mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.

Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup (Pusat Racun Negara)

Sumber : http://resipiwanita.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Saya Melayani Pesan Antar Produk Melilea Seindonesia


Untuk Pemesanan, silahkan klik disini !


Melilea International

Melilea International dengan Mengedepankan Philosopy Budayakan Gaya Hidup Organik merupakan salah satu Pemimpin pasar dalam menyediakan produk-produk makanan organik Grade Tertinggi di Kawasan ASIA PASICIF. Produk-produk makanan Organiknya telah banyak memberikan perubahaan kepada jutaan orang dari berbagai Negara. Motto Transform Your Life, dengan Kombinasi Inner & Outer Beauty Product, telah sukses dan sangat menghebohkan di kawasan ASIA PASIFIC termasuk di Indonesia.

Melilea Telah Mengeluarkan Produk Baru yaitu QiNERGY

Integrasi antara seluruh bagian dari Ilmu Kehidupan, Ilmu Bahan Baku Baru dan Seni Tekstil

Kisah dibalik QiNERGY

Qi + Energy = QiNERGY

Qi” adalah bentuk energi untuk pengobatan tubuh menurut Pengobatan Tradisional Cina,

dan penyebaran serta Proses Transmisi “Energy” dapat bekerja dengan maksimal melalui kekuatan Teknologi Biowave QiNERGY.


kandungan gizi dalam Melilea Greenfield Organik

kandungan gizi dalam Melilea Greenfield Organik

Kandungan Organik

Kandungan Organik

Khasiat yang ada di dalam Greenfield Organik

Khasiat yang ada di dalam Greenfield Organik
Melilea Bukanlah Obat Namun Makanan Organik Pengganti Dan Mampu Menyembuhkan Penyakit Seperti Kanker, Jantung, Diabetes,Asma, Ginjal, Bronkitis,Flu,Gondok,Hepatitis,Stroke,Jerawat,Hepatitis, Liver,magg,asam urat,kencing manis,autis,kegemukan,hati. Sebagai Pengobatan Alternatif Yang Aman